Jumat, 21 Desember 2012

Amalan Sebelum Tidur

Amalan Sebelum Tidur Nov 13, '09 6:15 AM
untuk semuanya
Rasulullah berpesan kepada
Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan
engkau tidur sebelum melakukan
empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku
memberimu syafaat untukmu di hari
akhirat nanti,
3. Sebelum para muslim meredhai
kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji
dan umrah... .
"Bertanya Aisyah : "Ya
Rasulullah.. . . Bagaimana aku
dapat melaksanakan empat
perkara seketika?"
· Rasulullah tersenyum dan
bersabda : "Sebelum engkau
hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga
kali. Amalan ini adalah seakan-
akan kau mengkhatamkan Al
Qur'an.
· Membacalah sholawat untukKu,
maka aku akan memberi syafaat
untukmu di hari akhirat kelak.
·
Beristighfarlah untuk para muslimin
maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirullahalazim li wali waa
lidaiya wali jami il muslimina wal
muslimat wal mukminina wal
mukminat al ahya immin hum wal
amwat "
Ampunilah aku ya Allah yang maha
besar, kedua ibubapaku, semua
muslimindan muslimat, mukminin
dan mukminat yang masih hidup
dan yang telah mati."
· Dan,perbanyakanlah bertasbih,
bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah
melaksanakan ibadah haji dan
umrah" Kalau larat amalkan
sekurang-kurangnya tiga kali.
Selepas itu bacalah
bismillahirahmanirahim sebanyak
21 kali.
Seorang yang berusia 60 tahun
akan menghabiskan masa lebih
kurang 20 tahun untuk
tidur.Sekiranya dia tidur mengikut
Sunnah Rasullullah saw, maka
tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt
hanya akan terima ibadat yang
dilakukan dengan ikhlas.Tidur
adalah ibadat yang paling ikhlas.
Seseorang tidak perlu dipaksa atau
terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah
swt untuk orang yang amalkan
Sunnah sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan
berterusan akan diberi ganjaran
100 pahala mati syahid, sedangkan
satu pahala mati syahid sudah
cukup untuk menjamin seseorang
untuk masuk syurga. Di dalam tidur
sendiri ada banyak Sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur
cara selain dari cara Nabi SAW,dia
hanya akan dapat kerehatan.Kalau
bernasib baik, selama 20 tahun
mungkin dia dapat mengumpul 20
kilo tahi mata dan menakung 20
liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw
sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Baca doa sebelum dan selepas
tidur.
2. Jangan tidur menghadap kaki
arah Qiblat. Ini adalah kedudukan
tidur
orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca
Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati
malam itu, dia akan dikira sebagai
mati syahid. Apa itu Tasbih
Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33
X, Allahuakbar 33 X.
4. membaca Ayatul Kursi dan 4
Qul. semoga kita di jauhi dari
gangguan manusia dan jin sewaktu
kita tidur.
5. Niat untuk bangun Tahajjud.
Sekiranya tidak terjaga, Allah swt
akan
mengira seolah-olah dia
bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah
sebaik-baik p elindung daripada
sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan
Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan
manusia pada kita dan halalkan
semua hutang piutang sebelum
tidur.Bangun tidur boleh buka fail
semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw
dengan mengiring badan ke kanan
dan tapak tangan di bawah pipi.
9.membaca surah Sajadah dan Al
Mulk sebelum tidur. Mengamalkan
membaca suratul Mulk sebelum
tidur akan membuat kubur kita,
tempat semadi sementara
menunggu akhirat, suatu tempat
yang sejahtera dan terang-
benderang.
10.Tutup aurat ketika tidur.
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya
yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti
bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti
cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti
cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah
ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah
cahaya wajah-wajah manusia
yang ketika di dunia, mereka akan
meninggalkan pekerjaan dan terus
bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar
azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah
mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah
cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap
sedia di dalam masjid sebelum
azan lagi."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar